Privacy Policy

 

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) telah diperkenalkan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi di dalam transaksi komersial. Columbus Advisory Sdn Bhd (“COLUMBUS”) komited untuk memastikan bahawa maklumat/data peribadi anda akan dilindungi selaras dengan peruntukan Akta. Dasar Privasi ini menjelaskan cara COLUMBUS mengumpul, mengendali dan mendedah data peribadi anda.
Data peribadi yang telah dibekalkan kepada kami atau yang akan dibekalkan kepada kami akan diproses selaras dengan Dasar Privasi ini (seperti yang dipinda dari masa ke semasa). Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin meminda Dasar Privasi ini dari masa ke semasa dan sebarang pindaan akan dipaparkan di laman web kami.

1. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

1.1 Jenis data peribadi
Data peribadi anda yang dikumpulkan dari masa ke semasa merangkumi, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:-

1.1.1 Butir-butir peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan atau passport, jantina, kewarganegaraan, tarikh lahir atau umur, status perkahwinan, taraf pendidikan, foto, butir-butir keluarga and butir-butir lain
1.1.2 Butir-butir perhubungan seperti alamat surat-menyurat dan alamat kediaman, nombor telefon, nombor faks, nombor telefon bimbit dan alamat emel
1.1.3 Maklumat lain yang telah atau yang akan dikumpulkan oleh kami, atau maklumat yang anda berikan kepada kami, dari masa ke semasa, berkaitan dengan mana-mana perkhidmatan, komunikasi, tinjauan atau pertanyaan melalui laman web kami ataupun melalui mel
1.1.4 Imej anda, melalui foto-foto atau video yang diambil semasa persidangan dan aktiviti-aktiviti korporat
1.2 Sumber data peribadi COLUMBUS mengumpul data peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada pelbagai pihak seperti:
1.2.1 Wakil-wakil perundangan anda
1.2.2 Pembekal perkhidmatan anda (seperti juruaudit, setiausaha syarikat, bank dan lain-lain)
1.2.3 Majikan atau pekerja anda
1.2.4 Pertanyaan melalui on-line, permohonan dan/atau borang pendaftaran melalui pelbagai cara termasuk internet dan borang fizikal
1.2.5 Sumber-sumber pihak ketiga seperti agensi-agensi awam (seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia)
1.3 Data peribadi sensitif
Data peribadi sensitif merangkumi maklumat tentang kesihatan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain. Sekiranya anda memilih untuk mengemukakan data peribadi sensitif anda kepada kami, data tersebut akan dianggap sebagai data peribadi yang akan tertakluk kepada terma-terma dan skop Dasar Privasi ini, termasuk cara-cara pemprosesan, penggunaan dan pendedahan data tersebut.

2. PENGUNAAN DAN PENDEDAHAN DATA PERIBADI

2.1 Pelanggan atau bakal pelanggan
Maklumat peribadi anda diproses mengikut peruntukan undang-undang dan untuk melaksanakan transaksi komersial dengan kami, termasuk:

2.1.1 Pemberian perkhidmatan oleh kami (seperti “Governance & Compliance Assessment”, “Internal Audit Services”, “Forensic Accounting Services”, “Enterprise Risk Management”, “ Financial Management” dan sebagainya)
2.1.2 Komunikasi dan pengedaran “newsletter”, artikel dan/atau notifikasi tentang acara akan datang
2.1.3 Untuk tujuan pentadbiran termasuk pengeluaran invois, bayaran dan pungutan hutang
2.2 Pemohon pekerjaan, pekerja semasa dan bekas pekerja COLUMBUS menggunakan data peribadi anda untuk pelbagai tujuan pentadbiran dan pengurusan umum termasuk tetapi tidak terhad kepada:

2.2.1 Untuk menghubungi dan berkomunikasi dengan anda ataupun menghantar sebarang notis umum atau spesifik berkaitan dengan pekerjaan anda
2.2.2 Untuk mentadbir hal-hal penggajian dan manfaat kakitangan (seperti kelayakan cuti, polisi insurans berkumpulan dan/atau sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP))
2.2.3 Untuk mentadbir dan mengekalkan rekod peribadi seperti pengambilan pekerja, penamatan dan penyusunan semula/perancangan
2.2.4 Untuk perancangan bajet dan kajian pakej saraan
2.2.5 Bagi tujuan penilaian prestasi kerja
2.2.6 Untuk mengekalkan rekod cuti sakit, tidak hadir dan permohonan cuti tahunan

3. PENDEDAHAN DATA PERIBADI
3.1 Entiti-entiti di dalam Organisasi Global COLUMBUS
Maklumat peribadi anda yang dibekalkan kepada kami mungkin diproses oleh entiti-entiti di dalam Organisasi Global COLUMBUS (di dalam atau di luar Malaysia) untuk memenuhi obligasi kontrak kami.
3.2 Agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan/atau majlis tempatan
Data peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada pihak berkenaan (di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau menurut obligasi kontrak kami.
3.3 Vendor, pembekal atau pembekal perkhidmatan
Data peribadi anda boleh didedahkan kepada pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami (seperti juruaudit, pembekal penghantaran, setiausaha syarikat, syarikat percetakan, syarikat insurans dan penganjur persidangan/acara).

4. PENYIMPANAN DATA
4.1 COLUMBUS tidak akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh masa yang melebihi tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan data tersebut dikumpulkan.
4.2 Selagi anda masih adalah pelanggan kami ataupun pekerja kami, data peribadi anda akan dikekalkan di dalam pangkalan data COLUMBUS.

5. “LINKED SITES”
5.1 Laman web COLUMBUS mungkin megandungi pautan ke laman web pihak ketiga.
5.2 COLUMBUS tidak bertanggungjawab ke atas kandungan yang terdapat di dalam laman web pihak ketiga. Sebarang data peribadi yang dibekalkan kepada anda melalui laman yang sedemikian tidak tertakluk kepada Dasar Privasi ini.
6. PEMINDAAN DATA
Anda mempunyai hak untuk mengakses, meminda atau membetulkan data peribadi anda yang berada di tangan kami. Anda boleh berhubung dengan kami secara bertulis kepada alamat seperti di bawah,:-

6.1 Untuk meminta salinan maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami;
6.2 Untuk menyemak atau meminda maklumat peribadi anda
6.3 Menghadkan pemprosesan maklumat peribadi anda Sila kemukakan bukti identiti anda, alamat dan maklumat yang lengkap untuk membolehkan kami mengenalpasti identiti anda semasa anda menghantar surat permohonan anda kepada kami. Selepas menerima permohonan anda, kami mungkin:-

o Mematuhi atau menolak permohonan anda untuk mengakses atau meminda maklumat peribadi anda. Sekiranya permohonan anda ditolak, kami akan memberitahu anda sebab-sebab ianya ditolak; atau
o Mengenakan bayaran untuk memproses permohonan untuk mengakses atau meminda maklumat peribadi anda
Anda boleh menghubungi kami di alamat berikut:-

1-23-7, Tingkat 23
Menara Bangkok Bank
Laman Sentral Berjaya
105 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
7. KONFLIK
Sekiranya terdapat sebarang konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Dasar Privasi ini, versi di dalam Bahasa Inggeris adalah diguna pakai. COLUMBUS adalah komited untuk memastikan kerahsiaan, perlindungan dan keselamatan data peribadi anda yang dibekalkan kepada kami. Sehubungan dengan ini, adalah penting semua data peribadi anda yang dibekalkan kepada kami adalah tepat and lengkap dii dalam semua aspek. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan cara-cara penggendalian atau pemperosesan data peribadi anda selaras dengan fasal-fasal di dalam Dasar Privasi ini, sila berhubung dengan kami secara bertulis (di alamat yang dinyatakan di atas). Sekiranya, kami tidak menerima sebarang maklum balas secara bertulis daripada anda, kami akan menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan cara kami memproses data peribadi anda mengikut cara-cara yang dinyatakan di atas.